Jika sebelum ini pelakon Julia Ziegler berahsia mengenai tarikh perkahwinannya namun kini tidak lagi. Julia memaklumkan dia memilih tarikh 1 Januari 2017 untuk menamatkan zaman anak daranya.
"Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri.
"Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru. Siang nikah malam resepsi. Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki.
"Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya," ujar Julia.
Ditanya mengenai pendapat bakal suaminya pula, Julia memberitahu, Johan orang yang sempoi seperti dirinya juga.
"Dia okay sahaja dengan apa yang saya rancangkan. Macam mana saya yang orang lihat sempoi begitulah juga dia Itu yang membuatkan kami serasi," jelasnya.
ARTIKEL MENARIK:- Selepas Bercerai Dengan Zila Seeron, Inilah Yang Terjadi Kepada Along Cham Diluar Jangkaan Ramai!
Tambah Julia, setakat ini persiapan untuk majlis kahwinnya berjalan dengan lancar.
Tahniah buat Julia Ziegler dan bakal suami. Semoga dipermudahkan segala urusan. 😘
Tag :
Media Social
