Semalam kita dikejutkan dengan insiden kebakaran yang berlaku di Tingkat 2 Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang telah mengorbankan enam orang pesakit.
Insiden ini mendapat liputan meluas di media sosial dan ramai yang bersimpati atas apa yang terjadi. Bahkan, golongan diraja negeri Johor juga turut terkesan dengan tragedi yang menimpa rakyat negeri itu.
Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku Idris turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta mengucapkan terima kasih kepada staff hospital dan pihak bomba dalam menyelamatkan mangsa.
Namun, terdapat satu komen yang menarik perhatian netizen di posting Tunku Idris yang seakan-akan memerli golongan diraja lebih mementingkan JDT dari hospital.
BACA: Hospital Sultanah Aminah Terbakar, Pesakit Ini Kongsi Detik MENCEMASKAN Ketika Kejadian Berlaku!
Tapi kenyataan individu terbabit telah dibidas sendiri oleh Tunku Idris. Memang 'win' jawapan baginda ini.
Bukan itu sahaja, orang ramai turut membidas kenyaataan individu terbabit yang dianggap membuta tuli sahaja. Apapun, lain kali jika ingin komen sesuatu fikirkan dulu kalau tidak memakan diri sendiri.
Tag :
Media Social
