Ekoran Gosip Bercinta Dengan Ahya Rosli, Ini Komen Zulin Aziz MENGEJUTKAN!

Seperti umum ketahui bahawa pelakon Zulin Aziz telah menggunakan khidmat anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli sebagai jurulatih beliau untuk menurunkan berat badan. 

Namun, baru-baru ini ada desas desus mengatakan bahawa mereka sedang hangat bercinta dan Zulin juga sering menaja barangan mewah buat Ahya serta pernah bercuti bersama?


Berhubung isu itu, Zulin menegaskan bahawa segala khabar angin itu adalah tidak benar sama sekali. 
"Saya tidak pernah menaja Ahya seperti yang tertulis dalam ruangan gosip itu, kononnya saya hadiahkan dia pelbagai barangan mewah serta pergi bercuti mengunakan wang saya sahaja. Itu tidak betul langsung! Hakikatnya Ahya yang keluarkan duit apabila kami keluar bersama.
"Saya pun tak naklah menyusahkan dia, hulurkan juga duit kepada Ahya tetapi selalunya dia tidak mahu terima duit saya. Dari mana datang cerita itu saya pun tak pasti, yang penting memang tiada apa-apa kaitan pun dengan hal saya," jelasnya. 

ARTIKEL MENARIK: Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut!

Zulin turut menjelaskan bahawa dia dengan Ahya hanyalah kawan biasa sahaja dan tidak lebih dari itu. 
"Saya tak bercinta dengan dia jauh sekali menjadi pasangan kekasih, kami hanya kawan rapat. Apa yang saya boleh komen, Ahya seorang yang baik walaupun kalau kita lihat personaliti dia yang agak nakal tetapi sebenarnya tidak seperti itu.
Bagi Zulin susah untuk menutup mulut orang dari bercerita mengenai dirinya. Apapun, doakan yang terbaik buat dirinya dan kerjayanya.


Tag : Media Social
Back To Top